Charcoal Nose Pore Strips

Hari Sabtu lepas aku pergi Watsons. Ade la beli barang2 sket kt sana. Waktu nak bayar kt kaunter tu, akak Watsons offer beli 3 barang yang ada diskaun sebab aku beli lebih daripada RM20. Apalagi.... terus aje ambik benda2 kecil yang dia offer. Mak aku ambil berus gigi, aku ambil wet tissue dengan nose pore strips. Kebetulan aku duk tengok2 dah benda ni sebenarnya, nak ambil tak nak ambil...last2 aku letak balik. hehe..
Tapi dah dia offer kan..kebetulan ada dekat ngan kaunter. Aku pun ambil jelah nose pore strips ni. Dapat murah.

Watsons Charcoal Nose Pore Strips

First time aku nak try guna yg jenis ni. Biasa aku beli yg warna lain. Dalam 1 bekas ada 10 strips, aku beli dua bekas jadi ada 20 strips semuanya. Dah nama pun nose kan..mestilah diletak atas hidung. Tujuannye? nak buang blackhead. Kt belakang kotak tu dia tulis:
 " Watsons Charcoal Nose Pore Strips contain charcoal powder which has strong blackhead removal and oil absorption properties. With added Witch Hazel Extract, these nose pore strips leave your pores clean"
Gitu... dia kata leh jadi bersih.. betul ke tak? meh kita try.
Caranya senang je.. bersih dan basahkan hidung. Pastu letak nose strip di atas hidung. Sapu sapu tekan tekan skit nose strip sampai melekat betul betul dan biarkan selama 10-15 minit.
Nak baring2 dulu pun boleh. Jangan sampai tertidur pulak.. Dah 10-15 minit, tanggalkan nose strip dan bilas dengan air..



Nampak tak beza gambar before & after kt atas ni? Tak nampak? Haaa sebab memang kurang jelas pun kalau dalam gambar. Tapi percayalah.. memang ada keluar blackhead tu. Tak banyak la... sket2 je. Licin jap hidung aku lepas pakai ni. Nampak bersih. Nanti boleh pakai lagi. ^_^




Comments

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

Filem Trauma

My DIY: Ddakji