The Return Of Superman


Sekarang ini aku ada follow satu variety show yang disiarkan di KBS channel. The Return Of Superman. Rancangan ini cerita pasal kehidupan 4 orang ayah menghabiskan masa bersama anak-anak mereka selama 3 hari 2 malam. Aku suka tengok show ni sebab anak-anak diorang sangat comel. 


Ayah #1: Tablo: Anak dia perempuan bernama Haru. Umur dah masuk 4 tahun rasanya. Haru suka sangat dengan ikan. Di rumah diorang ada banyak giler patung2 ikan. Pastu imaginasi budak ni sangat tinggi. Si Tablo pulak suka sangat melayan imaginasi budak ni. LOL. Kadang-kadang diorang konon-konon berangan ada dalam laut, naik kapal terbang la, jadi binatang la...bercakap dengan ikan. Macam2. Yang best pasal Haru, dia sangatlah well mannered. Petah berkata dan pandai ambil hati orang. Kalau kt sini..orang kata leh buat menantu la. Hehe..


cr: Tablo&Haru's FB fanpage


Ayah #2: Chu Seung Hoon. Anak dia budak perempuan comel umur 3 tahun yang bernama Sarang. Aku panggil dia Sarang Chan. Mereka sebenarnya tinggal di Jepun. Mak Sarang Chan ni orang Jepun. Chu Seung Hoon ni pulak orang Korea tapi dah lama menetap di Jepun. Sarang ni sangat sangat comel!! Favourite dia: MAKAN! LOL. Kuat sungguh selera budak ni. Kadang-kadang tengok dia makan pun dah terhibur. Anggur is her favourite food. Kejap kejap makan anggur. Setiap episode kalau takde sesi makan anggur tak sah. Disebabkan ayah dia Korea, Mak dia Jepun, jadi Sarang ni special sket leh bercakap dalam dua bahasa. English pun dia ada belajar. Untung budak ni. Boleh belajar 3 bahasa. Sarang ni kadang kadang tengok macam spoil sket. Terlampau manja. Sebab anak tunggal, pastu ayah terlampau manjakan dia sangat. Tapi dia comel.


cr: Sarang's FB fanpage



Ayah #3: Jang Hyeon Seong. Anak dia ada dua orang. Kedua-duanya lelaki. Yang sulung, Junu- 11 tahun, yang bongsu Junseo-7 tahun. Junu sangat baik budaknya. Bijak pulak tu. Kalau 4 family ni berkumpul, Sarang & Haru selalu nak dekat dengan Junu. Junsu pulak very outspoken. Manja jugak kadang2. Kesian tengok Junsu sebab try too hard nak dekat dengan Sarang, Sarang buat dekk je. LOL. Suka tengok hubungan father-sons family ni. Tetiap malam, ayah diorang akan buat family talk dengan Junu & Junsu. Kongsi cerita macam style member2 je. It's a good relationship between father&sons as they can share stories and discuss about everything among them. 


cr:Junu&Junseo's FB fanpage



Ayah #4: Lee Hwi Jae. Anak dia kembar lelaki, Lee Seo Eon & Lee Seo Jun. Bayi lagi. Baru umur setahun. Kalau tengok segmen dia, macam tengok realiti tv, dokumentari pasal bayi kembar. LOL. Sebab anak-anak dia still baby. Every reaction from them are genuine. Kesian jugak tengok dia terpaksa handle baby kembar sorang2. Makin lama tengok makin besar Seo Eon & Seo Jun. Daripada baby, kemudian boleh merangkak, dan sekarang dah boleh berjalan pun. Comel sangat!! Tinggal lagi nak tunggu diorang boleh bercakap je. 


cr: Seoeon&Seojun's FB fanpage


Sekarang ni tiap2 Ahad mesti aku tunggu KBS World TV upload episod terbaru cerita ni di youtube. Yg bestnyer...diorang dah siap2 letak english subtitle. Senang. Tengok dekat official channel KBS saje. 


Comments

Anasyg said…
tengok jugak, best gila :) tang perasaan genuine tu betul. oh sarang mmg spoil, sbb budak kecik anak pompuan sorang. bapak dia all out betul. hahaha :) ada geng lah TROS *the return of superman kita ni ye
Nurul Farhana said…
best cite nih,ntah ape lagi skarang ade yakkung. comeiiii sgt aksi dia

Popular posts from this blog

Drama Luth Mahfuz

Filem Trauma

My DIY: Ddakji