Posts

Showing posts from August, 2017

VIDEO || Majlis Penutupan Sukan Sea ke-29 #KL2017

Image
cr: Kuala Lumpur 2017 Tahniah Pasukan Malaysia! Juara Keseluruhan! Hadiah terbaik untuk Hari Kemerdekaan yang ke-60 hari ini.  Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-60!  Selamat Bercuti!!! Selamat Hari Raya!

My DIY: Sushi Roll / Kimbap

Image
sape suka makan sushi?? angkat tangan! kita geng! Kali ni, cubaan untuk membuat sendiri kimbap atau pun juga dikenali sebagai sushi roll. Jalan-jalan di aeon, ternampak satu kit untuk buat sendiri sushi roll ni. Dalam tu dah tersedia secara ringkas keperluan untuk buat kimbap. Apa lagi, angkut satu. sebab nak try DIY. Bahan-bahan: beras sushi telur isi ketam / sosej timun jepun cuka sushi kepingan seaweed (nori) 1) Basuh beras. Tak perlu lama sangat. Ikut sukatan yang dah tertulis di paket beras tu. Terlebih terkurang nanti tak menjadi pulak sushi tu.  2) Goreng telur. 2 biji telur cukup. Tak perlu banyak. Goreng elok-elok sampai jadi telur dadar yang menarik. Jangan sampai hangit. Kemudian potong panjang halus-halus.  3) Rebus isi ketam. Tak nak pakai isi ketam, rebus sosej pun boleh. Ikut suka selera masing-masing. Potong halus jugak. 4) Back to beras tadi. Dah siap jadi nasi, kacau-kacau, letak cuka sket. Bagi ada rasa. Biarkan sejuk buat seketika.  5) Kel

Ed Sheeran Live In Kuala Lumpur with Cornetto

Image
Siapa nak tiket ke konsert Ed Sheeran Live In Kuala Lumpur pada 14 November 2017? Boleh cuba cara ni.  Mana tau, ada rezeki boleh jumpa Ed Sheeran.  Contest Cornetto berlangsung dari 1 Ogos 2017 sehingga 30 Oktober 2017.  Tak dapat tiket, boleh juga grab merchandise Ed Sheeran yang ada. Menarik. Senang je caranya. Nak tau? Ok, kita tunjuk caranya.  kumpul penutup aiskrim Cornetto. 1 penutup = 1 point. Kumpul banyak-banyak. Mintak jiran, adik, abang, kakak, emak, ayah semua makan ramai-ramai aiskrim Cornetto. Penutup tu disimpan.  Dah kumpul, boleh download form disini . Pergi je kat website  . pastu klik dekat Download Form yang macam dalam gambar di atas tu. Senang kan? Dah isi borang, hantar borang tersebut berserta dengan penutup aiskrim Cornetto yang banyak2 tu ke alamat seperti yang tertera di dalam gambar di atas.  Tunggu SMS pengesahan. Layari website www.walls.com.my/CornettoEdSheeran  untuk check points anda. Jangan lupa untuk sign up dulu ya! Bila s

Short trip to Pulau Perhentian

Image
Ini kisah perjalanan aku ke Pulau Perhentian. Flight dari Subang ke Kota Bharu sepatutnya pukul 11.50 pagi, tetapi ditangguhkan ke pukul 12.15 tengah hari. Nasib baik! Sebab aku sampai di airport Subang tepat pukul 11.50pagi. Haha..terkejar-kejar berlari masuk ke balai berlepas. Nasib baik sempat. Sampai di airport Kota Bharu, masih lagi berkira-kira nak pergi ke Pulau Perhentian ke atau nak balik rumah terus. Tapi semangat adventure tu tetiba ada. Jadi, aku decide untuk redah je ke Pulau Perhentian. Van ke Jeti Besut akan sampai pukul 2 ptg. Masuk kedai dalam airport tu beli keperluan apa yang patut. Kemudian tunggu van di luar. Pukul 2 petang, van tiba dan bawa ke Jeti Besut. Kemudian beli tiket bot nak ke Pulau Perhentian. Beli tiket 2-way pergi balik dalam 60 ringgit seorang. Perjalanan dari jeti ke pulau ambil masa lebih kurang setengah jam. Sampai di Pulau Perhentian...what a view!!! serious cantik sangat!!! terus rasa tak menyesal buat keputusan ad hoc nak datang sini.

Malique: TKO Pejamkan Mata

Image
Susulan dari post ini Aku pergi menjengah ke laman ini Di sini kulihat pelbagai item yang ingin kumiliki Namun, hanya satu boleh dibeli Pilihan hati tentulah item yang paling terkini p/s: belian atas talian yang paling pantas aku buat dalam sejarah. Ini lah. Tak fikir panjang. Nampak album Malique-TKO: Pejamkan Mata. Berdesup terus klik klik klik kemudian buat bayaran. BELI!   Seminggu kemudian... abang pos laju hantar sampai ke rumah...  Album ini mengandungi 11 lagu Warkah Dari Perbatasan Salut feat Ariz Perang Dah Tamat feat Rabbani 2010 Masih Hip Hop feat Joe Flizzow Muzik Buatku High Senyum feat Najwa Cuba Lagi feat Lah Ahmad Bukan Mudah with Nukilan Aku Maafkan Kamu feat Jamal Abdillah Teman Pengganti feat Black Pejamkan Mata feat Dayang Nurfaizah Terbaik!!! 

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

Image
Merdeka! Merdeka! Blogger Contest Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-60 pada 31 Ogos 2017, Lazada Malaysia sedang menganjurkan satu contest Merdeka! Merdeka! Blogger Contest. Kebetulan tengah window shopping online di Lazada, ternampak pulak pasal Merdeka! Merdeka! Blogger Contest ni. Pada yang ingin turut serta, boleh klik pada banner di atas. Hadiah yang disediakan amatlah menarik tertarik!  1st prize: 1 x RM600 LAZADA Shopping Voucher 2nd prize: 2 x RM300 LAZADA Shopping Voucher 3rd prize: 3 x RM200 LAZADA Shopping Voucher Best kan!!! Bagi yang suka shopping di Lazada tu... (sambil tunjuk tangan kt diri sendiri) memang WOW! FANTASTIC BABY!! hehe... Untuk join contest, perlu jawab tiga soalan di dalam entri penyertaan. Okay, so here is my answers. 1. What do you love about being Malaysian? Saya rasa selamat. Saya boleh lihat kesatuan dalam kepelbagaian. Majmuk bukan penghalang keharmonian di kalangan rakyat Malaysia. We all love PEACE! 2. Choose

Majlis Pembukaan Sukan Sea ke-29 #KL2017

Image
*warning: long post* Tahun 2017, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah untuk Sukan Sea. Kalau sebelum ni selalu tertunggu tunggu depan tv nak tengok majlis pembukaan Sukan Sea. Tapi kali ini, aku berpeluang untuk tengok secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. *excited giler* first time kot nak pergi stadium.  Bertolak dari rumah lepas Zohor. Mula-mula terpikir nak pergi dengan kereta je ke stadium. Tapi kami decide pergi dengan lrt je. Parking kereta di LRT Putra Heights kemudian naik lrt ke Bukit Jalil. Dah sampai sana di Bukit Jalil, berduyun-duyunla semua berjalan kaki ke stadium. Food truck di sebelah kiri sepanjang jalan nak ke stadium. Belah kanan pulak orang duk jual merchandise. Macam -macam ada. Baju, topi, bendera, dll. Aku beli bendera je. RM5 untuk 2 bendera. sepanjang jalan ada orang jual makanan Dah nak dekat pukul 6 petang barulah kami beratur masuk ke dalam stadium. Waktu tu tak ramai lagi. Lepas pukul 6 petang ada pertunjukan pancaragam. T

Pejamkan Mata

Image
Lagu Malique yg terbaru. Pejamkan Mata (feat. Dayang Nurfaizah) The thing that i like about Malique's song is his lyric. Powerful lyric and rich vocabulary from him.  Lirik Lagu: Pejamkan Mata (Malique) sebermula maka dipaksa diam dengar, patuh dan terpaku tunduk selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan dah diragut total, cinta resiprokal bila dipersoal kekal equivokal katanya tanggal tali leher itu cukuplah seharian digembala lupuskan logarithma yang menghantui kepala dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur karektor kartun kantor dan karikatur diktator dikabur takbur shabab yang bermusim tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim al-malik, al-kudus, as-salam, al-mukmin ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur masyghul, ru

Spiderman Homecoming, Valerian & Anabelle Creation

Image
Nak komen secara ringkas 3 movie terbaru yang aku sempat tengok. Spiderman Homecoming - menghiburkan. Enjoy sangat tengok movie ni. First sebab ada Tony Stark. hehe.. sorry. Aku team Ironman. Dua kali aku tengok movie ni. Sut Spiderman yang Mr. Stark bagi kat Peter tu cun giler. Valerian - serius kalau tanya aku balik cerita ni pasal apa aku tak leh jawab. Tapi graphic, gambar, cgi dia semua lawa. Superb! Dan juga aku ternampak Kris ex-member EXO dalam movie ni. Ada la 2-3 kali scene dia muncul. Bagi aku, bosan sket cerita ni. Anabelle Creation - seram to the max. Kenapa aku tertengok movie ni. Kenapa? Kenapa? ni semua sebab member aku ajak pergi tengok. Seram weh!! Movie ni prequel kepada movie anabelle sebelum ni. Dan menceritakan asal asul patung anabelle tu. Creepy betul patung tu. Sape yang cakap patung tu comel memang pelik.

Switch Alpha 12

Image
Assalamualaikum.... Bagi salam dulu sebab lama tak menjenguk blog ni. Penuh bersawang dah aku tengok. Dah tiba masa untuk cuci sikit tempat ni dengan entri baru. Mood nak berblog jadi takde sejak laptop buat perangai. Nak kena format bagai. Jadi, aku pun aim nak beli laptop baru. Lama duk survey, 3-4 bulan duk pikir, kumpul duit, buat kerja OT bagai, kira kira bajet semua. Finally, aku pergi kedai terus angkut satu. Acer Switch Alpha 12. Kalau ikutkan nak lari daripada brand Acer. Tapi kat kedai tu tak banyak choice. Dan laptop ni je yg paling hampir dengan ciri-ciri laptop yang aku nak, so aku ambil yang ni.  Laptop ni kecil (12 inci), 2-in-1 style dan paling penting harga under rm3k. Keyboard is detachable. senang kerja. kalau nak pakai tablet mode, cabut je keyboard tu. boleh layan Running Man. So far, aku puas hati dengan pilihan laptop aku ni. Memadai dengan apa yang aku nak buat dengan laptop ni. Yang penting, ada rasa satu kepuasan bila kita dapat beli s