Posts

Showing posts with the label Movie

The Age Of Adaline

Image
Cerita ini mengisahkan seorang wanita yang telah hidup lebih seratus tahun. But physically, she's stop aging since she was 29 years old. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika usia 29 tahun dalam keadaan ribut dan hujan lebat. Dia berada dalam situasi lemas tenggelam di dalam tasik sebelah jalan raya tetapi dia telah dipanah petir dan kemudan bernyawa kembali. She was survived that accident but something happen inside her body that make her physical stay young like that. (Ala-ala goblin pulak rasa) Bayangkan dia lahir tahun 1908, dan kemalangan tersebut berlaku pada tahun 1937. Sejak dari kes accident tu, dia maintain muda macam tu. Dia ada anak perempuan seorang. Lama kelamaan anak dia nampak lagi tua daripada dia.  Bila ada ejen FBI yang cuba tahan dia untuk buat ujikaji, dia berjaya larikan diri dan sejak daripada itu, dia sentiasa berpindah randah dan menukar identiti diri setiap 10 tahun. Dia takut nak jalinkan hubungan dengan sesiapa sebab keadaan diri dia yang tak n

The Negotiation (Korean Movie)

Image
Baru habis tengok movie The Negotiation. Lakonan Son Ye Jin & Hyun Bin.  Siapa yang crush dengan Hyun Bin lepas tengok Crash Landing On You, silalah sambung crush dengan hero-heroin ni dalam movie The Negotiation pulak. Filem ini ditayang pada tahun 20I8. Dah lama dah sebenarnya, tapi aku baru dapat tengok. Cerita ni berkisar pada kisah Inspektor Ha Chae Yoon (Son Ye Jin) yang bekerja sebagai inspektor polis under negotiation team. Cerita ni penuh dengan adegan suspens dari awal sampai akhir. Inspektor Ha Chae Yoon terlibat dengan sesi rundingan dengan the villain dalam cerita ni lakonan Hyun Bin.  Ada scene yang agak ganas dan beberapa plot twist dalam cerita ni yang membuatkan aku rasa tak bosan dan sentiasa berdebar debar nak tahu perjalanan cerita dari awal sampai akhir. Yang paling aku suka adalah lakonan dua pelakon utama dia, Son Ye Jin & Hyun Bin. I like that the central part of this movie is the female character. Jarang berlaku. Bagaimana Inspektor Ha Chae Yoon guna sk

Charlie's Angels

Image
Semalam aku pergi tengok filem terbaru yang sedang tayang sekarang - Charlie's Angels. Siapa yang nak rilex-rilex chill sambil makan popcorn boleh la cari masa pergi tengok filem ni. Aku tak nak review panjang-panjang. Bagi aku cerita ni best untuk ditonton. Ada aksi, ada lawak-lawak jugak especially from character Sabina (Kristen Stewart). Ada plot twist di hujung cerita. Dia buat kita berteka teki siapa sebenarnya dalang yang mengancam keselamatan charlie's angels 3 orang tu. Aku suka tengok gadget-gadget diorang. Ada cermin mata Tony Stark guysss. Cermin mata yang bila dipakai je kita boleh scan background orang-orang di depan kita. Like seriously??? Benda ni memang dah ada orang cipta ker? Atau ciptaan untuk  digunakan dalam filem sahaja. Ada coklat pudina tapi bukan coklat dan bukan untuk dimakan sebab ia hanyalah alat untuk buat orang pengsan.  Overall aku enjoy tengok filem ni.  My Rating: 4/5

Filem Pusaka

Image
Minggu lepas aku berkesempatan untuk menonton filem terbaru Pusaka. Lakonan Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sweet Qismina, Faizal Hussein, Fauziah Ahmad Daud, dan Hafidz Roshdi. Bila tengok filem Melayu genre seram memang aku rasa takut sedikit. Kalau cerita english aku okay je. Tapi kalau filem Melayu seram dia bukan biasa-biasa. Mungkin sebab environment dalam filem tu yang dekat dengan masyarakat Melayu jadi seram filem Melayu ni lebih extra.  Filem Pusaka secara ringkasnya mengisahkan Inspektor Anuar yang ditugaskan untuk menyiasat satu kes di sebuah banglo lama. Dia terjumpa seorang mayat dan seorang perempuan yang masih hidup di dalam banglo tersebut. Pelbagai perkara mistik terjadi dan satu persatu ahli keluarga perempuan ini diserang. Tak mau lah tulis jalan cerita sampai habis, silalah menonton di pawagam berhampiran. #sokongfilemtempatan Apa yang best pasal filem ni? Syafiq Kyle. Hahahha... bukan sebab dia handsome. Tapi sebab dia dah berjaya lakonkan watak Inspektor Anu

My TOP 3 - Marvel Cinematic Universe related

Image
Welcome to my new post which is dedicated to MCU movies. I will list down my top 3 of anything I can think about Marvel movies. Top 3: Best character 1) Tony Stark 2) Iron Man 3) Howard Potts (hehe....sorry I'm biased) Top 3: Marvel Movies 1) Iron Man The MAN who started it all.  2) The Avengers: Battle of New York The OG6. I'm going to miss them 3) Captain America: Civil War #TeamIronMan I want to put Avengers: Endgame in my top 3 list but..Endgame is THE movie. It will always have special place in my heart regardless it is top rank or not. Top 3: Iron Man suit up scene 1) Infinity War - when he touched his arc reactor on his chest 2) Iron Man 2- from bag to Iron Man suit - so old school. 3) Civil War - in helicopter. -I will put youtube video of suit up compilation. Top 3: Less favorite Marvel Movie 1) Avengers: Age Of Ultron (kind of forgettable for me, but after Endgame I definitely need to re-watch) 2) Guardian of Galaxy 1

Polis Evo 2

Image
Apa yang aku suka mengenai Polis Evo dulu adalah elemen-elemen aksi, dan komedi yang seimbang.  Seperti puzzle yang saling melengkapi satu sama lain yang menjadikan filem Polis Evo sebuah filem yang menarik untuk ditonton. Jadi, aku mengharapkan pengalaman yang sama aku akan rasa bila menonton Polis Evo 2. Petikan sinopsis dari cinema.com Sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan. Pasukan Khas dari Malaysia dan Indonesia telah ditugaskan untuk mengendalikan kes itu tetapi misi mereka gagal. Kini ia semua terserah kepada Inspektor Khai dan Inspektor Sani untuk menyelamatkan tebusan dan pada masa yang sama cuba untuk menumpaskan kumpulan pengganas itu.  Kisah Polis Evo 2 masih lagi berkisar pada kes dadah tapi dicampur dengan isu yang lagi besar iaitu isu keganasan. Ada aku terbaca komen pasal Polis Evo 2.  Paskal + Munafik = Polis Evo 2. I kinda agree with that equation. Elemen lawak, komedi memang kurang dalam Polis

Antman and The Wasp

Image
Jom kita sembang pasal lelaki semut ni. Aku tertanya tanya kenapa watak Antman tak keluar dalam Infinity War. Pertama, sebab aku lupa apa jadi dekat Antman dalam cerita Civil War. Kedua, aku tak perasan sangat penjelasan yang diorg bagi dalam cerita Infinity War. Sebab Antman ni kecil sangat. Tak perasan. Hahah.. ok. just joking. If I make a comparison, I would say, Antman and the Wasp is much better than the first movie Antman. Much much better. Suka dengan father-daughter relationship antara Antman dengan anak perempuan dia. She's cute. Suka dengan kawan Antman - si business partner tu. Bila bercakap susah nak berhenti. Especially bila dah terkena ubat kebenaran.  Dari segi plot, cerita kali ni lebih fokus kepada watak Dr Hank. Sampaikan aku rasa karakter utama dalam movie ni adalah Dr Hank. Bagaimana dia berusaha untuk mencari isteri dia. Well....he is the original Antman afterall. He created the suit. So... it's about him.  Part ending....hmmm... kala

Avengers: Infinity War & Deadpool 2

Image
Aku gabung je review for both films in this one post. Avengers: Infinity War Why????? why it happened like that? aku tergamam bila dah nak tamat cerita tu. Perasaan aku pada ketika itu sama dengan apa yang aku rasa masa first time tengok cerita Kal Ho Na Ho dulu. Mungkin ada yang blur...apahal boleh nak samakan dengan cerita hindustan pulak?? Eh...suka hati la kan.... Dah nak buat camner... ending dia macam tu. Rasa sayu di penghujung cerita. Aku mengharapkan ada keajaiban tapi filem tu habis macam tu jer..... Terpaksa tunggu next filem- Avengers 4 untuk tahu penamat cerita Avengers dan nasib semua ahli Avengers. Deadpool 2 Hilarious as always. Dia punya sarcasm/sarcastic what ever word you want to say... is A plus. (see...i made a pun there.. u get it?? ) Tapi ada juga part yang buat aku sedih, macam towards the ending, ingatkan dia betul2 mati... tapi boleh pulak diputarkan masa untuk selamatkan Deadpool. Nak senang kan... boleh buat next filem Deadpool 3. Hahaha 

Gonjiam: Haunted Asylum

Image
Who ever like to watch horror movie. then go watch this film.  Like I was watching their youtube live streaming when they went inside to this place. I like their acting because it kind of look natural. And even some of the actors use their own names in this film. The first part kind of slow and quite boring. The scariest part came towards the ending of this film.  Rating: 4/5

The Greatest Showman

Image
Filem musical yang best dan menghiburkan. Siapa yang belum tengok The Geatest Showman silakan menonton di pawagam. Tak sangka Hugh Jackman pandai menyanyi. Selama ni tengok dia as Wolverin @ Logan. The best part in this movie is of course the musical aspect of it! Semua lagu dalam filem ni best! Video ini lah yang menarik perhatian aku nak tengok movie ni. First time dengar terus rasa semangat. Everything about this song is just amazing!

Tombiruo: Bangkitnya Penunggu Rimba

Image
Nak tengok full movie, silalah ke panggung wayang yang berdekatan. Berbaloi tengok kat cinema. Lawa sangat filem ni dibuat. Dua movie terbaru yang aku tengok- Bisik Pada Langit dan Tombiruo. Kedua-dua filem ni punya cinematografi yang sangat cantik. Sebagai penonton yang bayar tiket movie, memang aku berpuas hati. Filem Tombiruo ni memang aku tunggu dari tahun lepas lagi. Aku dah mention dalam blog dua tiga kali jugak rasanya. Sampai sanggup beli trilogi novel Tombiruo sebab nak baca balik kisah Tombiruo ni. Tapi, nasihat aku, kepada yang tak pernah baca novel dia, kamu boleh pergi tengok dengan senang hati. Kepada yang dah baca, dan masih ingat jalan cerita dalam novel tu, kamu kena pergi menonton dengan hati yang terbuka, expect the unexpected, dan berlapang dada jika ada kemusykilan dari segi plot cerita movie ni. Sebab lain sangat. Tak sama. Berbeza novel dan movie. Jangan expect dan harapkan pembuat movie ni akan buat sebijik jalan cerita macam dalam novel. Nanti kamu kecewa.

Bisik Pada Langit- filem mesti tonton

Image
Bisik Pada Langit. Sebuah filem yang menjadi trending selepas ditayangkan baru baru ni. Mulanya, aku tak plan nak tengok, tapi disebabkan hari hari terbaca komen-komen di IG ummi nazeera yang puji filem ni best, aku jadi terpengaruh nak tengok. Dan selepas menonton filem ni, aku rasa memang berbaloi, dan faham mengapa filem ni jadi popular. Sentuhan Kabir Bhatia sebagai pengarah. Need to say more? Kabir Bhatia yang buat cerita Nur Kasih dulu tu. Memang dijamin berbaloi lah untuk tengok di panggung wayang. Lawa sangat sinematografi dia. *two thumbs up* Lagi satu, pelakon-pelakon dia. Semua hebat. Lakonan sangat berkesan daripada Jalil Hamid (Rosli), Beto Kusyairy sebagai Zaidi dan Ummi Nazeera (Hajar). Naim Daniel sebagai Adik bongsu pun best. Jalil Hamid layak untuk menang pelakon lelaki terbaik. Serius sangat layak! Sangat bersahaja. Dialog yang ringkas tapi berkesan dan menyentuh hati. Ada dua tiga scenes yang bila lepas je Jalil Hamid bagi dialog dia... mata aku bergenang

The Battleship Island

Image
Filem Korea yang aku paling tunggu tungu nak tengok. Sebab ada Song Joong Ki. hahaha.. jangan marah. Filem ini adalah inspirasi daripada kisah benar yang berlaku di zaman pemerintahan Tentera Jepun. Berapa peratus kisah benar dan berapa peratus fiksyen dalam filem ini tak dapat dipastikan. Yang penting Joong Ki tetap menjadi askar Korea dalam filem ini dan di hujung-hujung cerita tetap menjadi hero. Antara pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Hwang Jung Min, So Ji Sub, Lee Jung Hyun dan Kim Su An (pelakon cilik dalam Train To Busan). Dari segi plot, aku bagi 3/5. Plot dia bergerak cepat. Tapi tak terlalu choppy. Flow dia nice. Senang faham. Walaupun aku rasa ada few scenes yang patutnya dijelaskan dengan lebih details lagi. Especially part Joong Ki yang from Army Base to tetiba eh dah ada dalam terowong arang batu di pulau tu. Cepat advance hebat joong ki ni. Dan juga perlu ada lebih banyak scenes untuk menunjukkan perkembangan karakter setiap watak peting dalam f

Akhirnya.... Filem Tombiruo Penunggu Rimba

Image
Ingat lagi post ini? OMG!!! Filem tu dah siap!!! Ingatkan tak jadi. Rupanya jadi jugak novel favourite aku ni diadaptasi menjadi filem. Tak sabar nak tengok. Serius tak sabar! Pelakon dia bukan calang calang habak hang!! Ada Zul Arifin, ada Nabila Huda, Faizal Hussein, M. Nasir pun ada! Farid Kamil, Hasnul Rahmat (aku tetap setia panggil dia Tun), dan Faye Kusairi (google sendiri kalau nak kenal dia) Filem ini diarahkan oleh Seth Larney. Idea asalnya adalah daripada novel "Tombirou Penunggu Rimba" karya hebat penulis thriller terkenal Malaysia, Ramlee Awang Mursyid. Pengikut setia karya-karya Ramlee Awang Mursyid pastinya tak sabar menantikan bagaimanakah Ejim beraksi di layar perak. I hope the team will bring the best for the CGI effect in this film. Please be good! Akan mula berada di pawagam 12 Oktober 2017. Jadi, sama-sama kita terjah di pawagam nanti ya! baca balik novel tombiruo. Ambil mood. 

Abang Long Fadil 2

Image
Filem sequel Abang Long Fadil ni katanya dah cecah rm13 juta dalam tempoh 13 hari. Serius lah gempak! Box Office! Sabtu lepas aku sempat pergi tengok filem Abang Long Fadil 2 di GSC. Ramai sangat orang kt dalam hall tu. Hampir penuh jugak la aku tengok. Aku pun terpaksa beli seat yang kt bawah. Filem Abang Long Fadil 2 ni kalau tak letak "2" kat belakang tajuk filem tu pun tak pe. Sebab yang sequel mengenai filem ni hanyalah watak Zizan tu sahaja. Yang lain semua baru. Pelakon-pelakon lain yang ada dalam filem ini seperti AC Mizal, Syamsul Yusuf, A.Galak, Shuib, Achey,Wak Doyok, Tania Hudson semuanya memegang watak2 baru dalam siri Abang Long Fadil ini. Memang tak ada sambungan dari segi jalan cerita dengan filem Abang Long Fadil yang pertama dulu. Pendek kata kalau tak tengok filem pertama pun tak pe. Kisahnya bermula dengan Fadil yang sudah keluar dari dunia gagster dan ingin mulakan hidup baru. Tapi tetap tak tinggal buat kerja tak betul dia. Haha... boleh pulak

Spiderman Homecoming, Valerian & Anabelle Creation

Image
Nak komen secara ringkas 3 movie terbaru yang aku sempat tengok. Spiderman Homecoming - menghiburkan. Enjoy sangat tengok movie ni. First sebab ada Tony Stark. hehe.. sorry. Aku team Ironman. Dua kali aku tengok movie ni. Sut Spiderman yang Mr. Stark bagi kat Peter tu cun giler. Valerian - serius kalau tanya aku balik cerita ni pasal apa aku tak leh jawab. Tapi graphic, gambar, cgi dia semua lawa. Superb! Dan juga aku ternampak Kris ex-member EXO dalam movie ni. Ada la 2-3 kali scene dia muncul. Bagi aku, bosan sket cerita ni. Anabelle Creation - seram to the max. Kenapa aku tertengok movie ni. Kenapa? Kenapa? ni semua sebab member aku ajak pergi tengok. Seram weh!! Movie ni prequel kepada movie anabelle sebelum ni. Dan menceritakan asal asul patung anabelle tu. Creepy betul patung tu. Sape yang cakap patung tu comel memang pelik.

Train To Busan

Image
Sebelum cuti raya haji yang lepas, aku sempat pergi tengok filem Korea tajuk Train To Busan. Siapa yang masih belum tengok, aku syorkan pergilah tengok filem ni. Best sangat! Filem ni punya thrill rasa lain macam. Rasa macam aku pun ada dalam train tu. Nampak je zombi duk kejar orang, terus semua pakat duk jerit LARI!!! Filem ni nak cakap, jangan pentingkan diri sendiri. Itu mesej utama yang aku dapat daripada filem ni. Kalaulah orang-orang yang dalam koc tu cepat bukak pintu, mesti pakcik badan sado tu masih selamat. Paling sedih bila part ending masa ayah budak tu kena gigit zombi jugak. Huaaaa!!!! Nangis juta lemon aku tengok part ni. Budak tu pandai sangat berlakon. Dia faham dan boleh agak apa akan terjadi dekat ayah dia lepas tu. Tapi sepanjang aku tengok filem aku tertanya-tanya macam mana diorang semua ni boleh bertukar jadi zombi. Macam mana virus boleh tersebar? Mungkin persoalan ni akan terjawab dalam filem  'Seoul Station nanti. Filem 'Seoul Station

Suicide Squad

Image
Off day yang lepas aku sempat pergi tengok filem suicide squad. Tak plan pun, sbb ramai member yang kata tak best sangat. Tapi waktu aku pergi hari tu, filem ni je yang ada time tu. so pilihla suicide squad.                         Aku tak tau sangat cerita2 from DC. So aku tak tau filem ni pasal apa sebenarnya. Bila dah tengok baru tau.. suicide squad ni ala2 team avengers la. Tapi versi DC. Geng geng yang join suicide squad semuanya ada kelebihan/ kekuatan masing masing. Tapi diorang ni selalu buat jahat sebelum ni menggunakan kekuatan diorang tu. Org government cuba kumpulkan diorang ni dan tubuhkan suicide squad untuk bantu jaga keamanan konon la... haha. Bagi aku filem ni macam tak teratur jalan ceritanya. Divergence. Ada sampai satu peringkat, aku konfius, diorang berlawan dgn siapa sebenarnya. Macam ramai sangat musuh. Lagi satu, gelap. Tak boleh ke diorang berlawan waktu siang? Hehe... Apa yg best pasal suicide squad? Aku dapat botol air satu. Haha..

Movie: FAN

Image
I watched it last month. but only today i got that mood to write in my bloggy. Heh. Planned to watch with my friend but end up watching it alone. Didn't matter. I enjoyed myself. No hal lah. Ok stop rambling. Let's go straight to FAN. After Dilwale, i was waiting for SRK's next movie. And this time, i really enjoy his acting. He played two characters, Gaurav and Aryan. As a superstar and an obsessive fan. He did great job. I feel like i can sympathize with both characters. However, I end up didn't root for neither Gaurav nor Aryan . Because, both have their faults and egos. About the plot, the first chapter is all about Gaurav. A young man who has genuine wish to see his big idol. I do find it's quite creepy though... why? Cause Gaurav is looking exactly like younger Shah Rukh Khan. But there were moment that made me forgot that he is Shah Rukh Khan. He is just Gaurav. Damn CGI and makeup! lol. look at that!!! shahrukh khan zaman muda!! The second chapte

Munafik

Image
17 juta dalam tempoh 26 hari. Macam tak caye je, tak sampai setahun rekod polis evo dah dipecahkan. We will see which one will be the new winner. Munafik? Ola bola? Atau Boiboiboy? Last week aku pergi tengok filem munafik. Serius seram giler. Balik lepas kerja terus pergi wayang. Ramai jugak la yang ada dalam hall tu. Kagum dengan filem terbaru syamsul yusof ni. Semua perempuan pakai tudung dalam cerita ni. Bahasa arab pun lancar je. Doa doa yang diorang lafaz pun lancar. Aku maafkan lakonan syamsul yang agak kaku. Hehe... Sebab dia pun jarang berlakon. Nabila mantap. Jalan cerita dia full of suspense. Banyak part yang aku tutup2 mata. Lol serius wehh..takut tengok. Terbang sana lompat sini. Flow story smooth je. Plot ok tak de caca marba. Bila dah nak hujung cerita, satu persatu dijelaskan hal sebenar. Kenapa waktu syamsul dan anak dia pergi melawat kubur isteri dia, ada pakcik tu pandang pelik je. aku ingatkan pakcik tu jahat. Rupanya dia pelik tengok syamsul cakap sorang2. Huhu.