Posts

Showing posts with the label Resepi

Makaroni Bakar versi bujang

Image
Orang bujang punya style. Niat nak buat omelette, tapi terbuat benda lain. Resepi ini untuk seorang makan je. Kalau nak buat banyak sila tambah mengikut selera masing-masing. Nak tambah sayur, isi ketam, or daging2 yang lain pun boleh. Yang aku buat ini memang tak dirancang, jadi bahan-bahan pun ambil yang memang sedia ada di rumah sahaja. Bahan-bahan Makaroni (setengah cawan) Daging burger ramly (2 keping) Sosej (2 batang) Telur (3 biji) Perencah maggi Pasti Sedap Knorr Cheddar Cheese spread Chesdale (1 keping) --optional Cara-Cara Potong sosej secara dadu/kecil-kecil.  2 keping daging burger dipotong/dilenyek-lenyekkan. Rebus sosej dan makaroni di dalam bekas yang berasingan. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Gunakan perencah maggi sebagai perasa tambahan. Kalau yang biasa aku akan guna perencah kari ayam, tapi memandangkan perencah kari ayam tiada, jadi pakai ajelah perencah mee maggi perisa kari.  Masukkan daging burger yang dah dihancurka

Puding Roti Coklat

Image
Ada kawan bawak pergi ofis puding roti yang dia buat. Terus datang mood nak buat puding roti jugak. Resepi dah lama simpan kt dalam phone. Tunggu datang mood je nak buat. hehe.. Resepi senang je. Lupa pulak nak ambil gambar step by step tadi.  Bahan-bahan -Roti (10 keping) -Susu segar (500ml) -Telur (2 biji) -Esen vanilla (2 sudu besar) -Madu (1 sudu besar) -Mentega/ Marjerin (untuk sapu pada roti) -Chocolate rice -Chocolate chips Cara-cara - Potong roti jadi 4 keping. Nak potong 2 saja pun boleh. Ikut suka.  -Sapu mentega/ marjerin di kedua-dua belah roti. Sapu marjerin depan belakang.  -Susun elok-elok roti dalam bekas. sehingga penuh permukaan. kalau ada ruang kosong, selit-selitkan roti. (lapisan pertama) - Taburkan chocolate rice. Nak letak banyak ke sikit. Ikut suka. (lapisan kedua) -Susun lagi roti di atas chocolate rice tadi (lapisan ketiga) -Tabur chocolate chips & chocolate rice lagi. (lapisan keempat) - Masukkan susu segar, esen v

Makaroni Bakar

Image
Dulu-dulu waktu raya, mak aku selalu buat makaroni bakar. Makanan favourite aku time raya tu. Lepas mak aku stop buat makaroni bakar, aku dah tak makan dah. Susah nak jumpa. So, raya tahun ni, aku nekad nak try buat sendiri. Hehe.... Aku google resepi. Sehari sebelum raya, aku beli bahan-bahan nak buat makaroni bakar. Bahan-bahan yang aku guna tak banyak pun. Aku guna daging kisar, sosej, makaroni, lobak merah, lada benggala, telur, serbuk kari.  Itu je. Sebenarnya., nak letak banyak benda pun boleh. Ikut suka lah nak letak ayam ke, udang ke isi ketam ke...tapi aku malas nak beli bahan banyak-banyak. Pagi raya. orang lain sibuk pergi beraya, aku duk kat dapur, duk buat makaroni bakar. Heh heh... Aku ikut step by step macam yang aku google. Hasilnya Lepas try makan sket.... rasa tawar. Haha... Aku bagitau kt ma/k aku. Mak aku tanya, "ada letak garam gula tak?"  Allah..... lupa. Aku tak letak garam gula langsung. Hahaha.... Patutla rasa tawar je.  Jadi nak modi

My DIY: Puding Roti

Image
Cubaan membuat puding roti sendiri. Hehe...selalu duk makan yang orang lain buat, hari ni nak try sendiri. Senang sangat cara buatnya. Bahan: Roti- wajib. Kalau letak biskut jadi puding biskut la plak kan. Susu segar. Nak pakai susu cair pun boleh. Telur Esen vanila Planta Gula  Sos kastard: Susu cair Tepung kastard Gula Cara: Masukkan 3 biji telur, 2 sudu besar gula, 1 sudu kecil esen vanila, 2 gelas susu segar, dan 2 sudu planta dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Planta hanyalah tambahan. Tak letak pun takpe. Lepas dah penat kacau boleh letak roti. Nak letak banyak or sedikit ikut selera. Aku letak 9 keping roti. Belah dua roti-roti tu dan letak elok-elok dalam bekas tadi. Biarkan adunan puding roti ni selama beberapa minit. Aku  jenis tak penyabar, kejap je aku rendam, seeloknya rendam lama sedikit dalam 30 minit. Dah puas berendam, letak adunan puding roti ni dalam bekas lain pulak untuk dibakar selama 50 minit. Cara membuat sos kastard M

My DIY: The Best Juice in The World

Image
Tak payah susah susah nak pergi beli dekat restoran/ hotel 5 stars! No need. No need.  Just simple steps on your own and you will get it. Yummy! Delicious! Juicy! All you need is....... Fruits + Milk + Ice cube And also use blender to blend all that. Then...wallahhh.. done!